Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, November 9, 2010

PRODUK KECANTIKAN " AINA BEAUTY SERIES


" AINA BEAUTY SERIES " adalah merupakan produk kecantikan yang telah dihasilkan oleh usahawan KUG Pulau Pinang dibawah syarikat ,
Sentuhan Jelita
No.17 Tingkat 1,Lorong Aman Putera 1
Taman Aman Putera
13200 Kepala Batas Pulau Pinang

Pihak PPU Pulau Pinang berharap semua ahli-ahli KUG mewar-warkan produk ini dan pada yang berminat boleh menghubungi terus kepada Puan Khalilah Bt.Yaakub tel no: 019-5741546 untuk keterangan lanjut.

TAWARAN KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGGUNAAN MESIN JAHIT

Syarikat Elestar Sdn.Bhd. telah menghubungi pihak pengurusan GIATMARA dengan tujuan menawarkan kepada usahawan GIATMARA dan ahli-ahli KUG kursus penyelenggaraan dan penggunaan mesin jahit secara percuma bagi meningkatkan kemahiran usahawan dan pembekal barangan jahitan untuk memperbagaikan perkhidmatan dengan tujuan meningkatkan pendapatan sedia ada.
Sehubungan dengan itu jika ada usahawan dan ahli-ahli KUG yang berminat ,sila hubungi Cik Nan PPU Pulau Pinang untu keterangan lanjut.

PEMBIAYAAN MIKRO BSN

Peluang baik untuk usahawan dan ahli-ahli KUG GIATMARA Pulau Pinang.

Merujuk kepada perbincangan diantara pihak tertinggi GIATMARA dan pihak BSN ( Bank Simpanan Nasional ) Malaysia didalam satu majlis mesyuarat tempoh hari,pihak BSN berminat untuk menawarkan pembiayaan mikro kepada usahawan lepasan GIATMARA.

Peluang pembiayaan ini adalah satu alternatif kepada pembiayaan perniagaan untuk usahawan mikro,selain yang ditawarkan oleh agensi kewangan yang lain.

Oleh itu sebagai merebut peluang ini ,para usahawan dan ahli KUG yang berminat boleh lah menghubungi terus dengan Puan Anis binti Basri ( Pengurus Jabatan Mikro Kewangan BSN ditalian 03-21623222 samb.7303 bagi tujuan pembiayaan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga jika ada permintaan ramai dari pihak usahawan , pihak pengurusan KUG/PPU Pulau Pinang boleh menganjurkan untuk BSN memberikan taklimat pembiayaan tersebut

Thursday, October 21, 2010

MAJLIS PENYERAHAN CEK (PROGRAM LMP) KEPADA KOGIAT

Satu Majlis Penyerahan Cek (Program LMP GIATMARA) kepada pihak pengurusan KOGIAT Pulau Pinang yang akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif GIATMARA Malaysia pada ;

Tarikh : 22 hb. Oktober 2010 ( Jumaat )
Jam : 3.30 petang
Bertempat : Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang

Majlis ini adalah sebagai simbolik penyerahan cek kepada pihak KOGIAT Pulau Pinang untuk mengurus dan mengawal selia program LMP (kursus ikan keli) dari Syarikat Rahmati Enterprise (pembekal utama)yang mengalami masalah dalaman syarikat.

Oleh itu sebagai meraikan majlis tersebut semua ALP KOGIAT adalah dijemput hadir bersama pada hari itu.
Maklumat lanjut sila hubungi En.Nan (PPU GIATMARA Pulau Pinang )

Wednesday, October 13, 2010

KURSUS LATIHAN KONTRAKTOR INSTALLER & INSTALLER IBS

MARA Negeri Pulau Pinang ( Bahagian Unit Latihan dan Usahawan ) akan menganjurkan Kursus Latihan Kontraktor Installer & Installer IBS dibawah Program Pembangunan Usahawan IBS & Hardware Bumiputera pada bulan November 2010 ( tarikh akan dimaklumkan kelak )
Kursus ini adalah merupakan kaedah pengajaran pasang siap didalam projek-projek pembinaan perumahan dan sebagainya yang berkaitan.
Sehubungan dengan itu pihak MARA Negeri telah menawarkan kepada usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah memohon untuk menyertai kursus tersebut - kursus dijalankan secara percuma dan tempat latihan akan ditentukan oleh pihak MARA.
Oleh itu bagi pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang amat mengalu-alukan penyertaan tersebut kerana program ini amat baik dan berguna kepada kita kelak disamping perniagaan yang kita jalankan sekarang.
Kepada usahawan ,ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah mendapat Borang Permohonan dari Cik Nan ( PPU Penang ) dengan kadar segara ...kerana pemilihan peserta adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

PROGRAM PUTEK CONVERSION LEPASAN GIATMARA

Pihak GIATMARA / MARA Pulau Pinang telah mengeluarkan tawaran kali kedua berkenaan bantuan geran melalui Program Basmi Kemiskinan Projek Inkubator Teknikal PUTEK Conversion yang dikhaskan kepada lepasan pelatih GIATMARA / MARA am nya pada bulan Ogos 2010.
Sambutan dan permohonan dari usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG adalah amat baik.
Merujuk kepada perkara ini MARA Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat arahan penangguhan tawaran ini sementara bertarikh 12 Oktober 2010 berikutan dengan kekangan peruntukan pada masa ini,walaubagaiman pun segala keputusan dan maklumat terkini akan diberitahu kelak.
Sehubungan dengan itu harapan dari pada Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang berharap perkara ini dapat diteruskan kerana dengan ada nya bantuan ini merupakan satu galakan kepada usahawan-usahawan GIATMARA terutamanya yang baru.
Oleh itu kepada yang berjaya memperolehi bantuan ini walaupun tidak sepertimana yang dipohon memandangkan ramai yang memohon dan agihan dan penilaian terpaksa dilakukan tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa mungkin bukan rezeki kita.

Friday, October 8, 2010

PROGRAM "FRANCAIS USAHAWAN MUDA 1 MALAYSIA"

Perbadanan Nasional Berhad (PNS),sebuah agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program "Francais Usahawan Muda 1 Malaysia " yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia pada 29 Sept.2010 ( tarikh ini ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak ) yang bertempat di-Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur.
Program Francais Usahawan Muda 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan sasaran khususnya dan masyarakat luar amnya mengenai perniagaan francais.Selain itu,program ini akan menjadi platform bagi mengumpul usahawan yang terlibat didalam perniagaan secara francais termasuklah didalam industri makanan,perkhidmatan,pakaian dan lain-lain lagi.Program ini menjadi medium bagi mereka mempromosikan modul perniagaan francais, produk dan barangan keluaran mereka.
Sehubngan itu dengan kesempatan ini pihak PNS telah menjemput penuntut/usahawan GIATMARA untuk menghadiri program ini terutamanya dalam sesi seminar yang akan dianjurkan kerana ia akan dapat memberi peluang untuk menimba pengetahuan mengenai keusahawanan dan perniagaan melalui sistem francais serta menarik minat untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.
Oleh itu pihak Unit Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mempelawa kepada semua Ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang merebut peluang ini.
Kepada ahli yang berminat sila hubungi En.Nan (PPU Penang) dengan kadar segera untuk mendaftar menyertai program tersebut.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri - Minal Aidil Wal Faizin kepada semua Warga GIATMARA , Usahawan GIATMARA , Ahli-Ahli KUG dan Ahli KOGIAT semoga hari lambaran ini akan memberi hidayah dan sinar baru buat kita untuk menempuh hari-hari mendatang dengan penuh cemerlang gemilang dan terbilang.
Pihak kami menyusun jari sepuluh memohon maaf dzahir dan batin jika ada apa-apa kesalahan semasa menjalankan tugas-tugas seharian

Salam Aidil Fitri....

Thursday, August 26, 2010

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DI MKM WILAYAH UTARA

Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) Wilayah Utara menawarkan kepada tuan/puan ( Ahli Lembaga Pengarah dan Anggota Koperasi KOGIAT ) kursus-kursus yang akan diadakan di MKM Wilayah Utara Alor Setar Kedah sepanjang bulan September dan Oktober 2010 seperti berikut :

Bulan September
- Kursus Asas Komputer dan Aplikasi - Tarikh 28 - 30 Sept. 2010

Bulan Oktober
- Kursus Perakaunan - Tarikh 11 - 14 Okt. 2010
- Bengkel Rancangan Perniagaan - Tarikh 12 - 14 Okt. 2010
- Kursus Lembaran Elektrokik MS Excel - Tarikh 19 - 21 Okt. 2010
- Kursus Kemahiran Penyeliaan - Tarikh 26 - 28 Okt. 2010

Yuran pendaftaran sebanyak RM 25.00 ( Ringgit : Dua Pulau Lima Shj ) lain-lain nya percuma ditanggung oleh pihak MKM.

Oleh itu kepada semua ALP dan Anggota Koperasi yang berminat sila hubungi En.Mohd Adnan (PPU Penang) untuk maklumat lanjut.

Wednesday, August 25, 2010

PEJABAT URUSAN KUG DAN KOGIAT PULAU PINANG

Kelab Usahawan GIATMARA dan Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang adalah merupakan entiti yang berdaftar dengan Lembaga Pertubuhan.Untuk makluman semua ahli-ahli pejabat urusan kedua pertubuhan berkenaan beroperasi di alamat :

No.12A-2, Jalan Usahawan 4,
Pusat Perniagaan Kepala Batas
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
Tel : 04-5741151 ( tumpang sementara GIATMARA Negeri Pulau Pinang )
Fax : 04- 5741153 ( tumpang sementara GIATMARA Negeri Pulau Pinang )
Hubungan terus : H/P : 013-4322081 ( Cik Nan ) atau 012-4049908 (En.Nazri )
e-mail KUG : kulgpp@gmail.com
e-mail KOGIAT : kogiatpp@gmail.com

Oleh itu segala urusan dan surat menyurat bolehlah menghubungi ke alamat dan talian diatas.

Wednesday, August 18, 2010

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Dimaklumkan pihak pengurusan Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang (KOGIAT) menawarkan perkhidmatan untuk ahli-ahli KUG,KOGIAT dan lepasan pelatih GIATMARA yang telah berniaga dan berminat untuk mendaftarkan Syarikat (perniagaan) mereka dengan Kementerian Kewangan melalui sistem e-perolihan boleh lah menghubungi pengurusan KOGIAT dialamat pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang ( Kepala Batas ).
Pihak yang berminat hanya perlu membawa segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perniagaan sedia ada untuk diisi dan dikemaskini melalui sistem e-perolihan.
Kos pendaftaran akan dimaklumkan - tawaran khas untuk ahli-ahli KUG dan KOGIAT sahaja.
Untuk makluman pendaftaran lesen kewangan ini penting bagi mengembangkan perniagaan sedia ada dengan lebih meluas.
Segala maklumat lanjut sila hubungi PPU/PPPU GIATMARA Pulau Pinang.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 2010/1431

Unit Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan oleh Allah swt pada tahun ini kepada semua warga GIATMARA Pulau Pinang ,Ahli-Ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang...Semoga pada bulan ini Allah akan memberi kerahmatan dan kemulian kepada kita dari apa yang kita usahakan dan nikmati selama ini dan juga guna lah kesempatan dan peluang beribadah yang ada pada bulan ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

IBADAH Puasa
Tajuk :
Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan
Hadith :
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

Tajuk :
Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

(Bukhari & Muslim)

REBUTLAH TAWARAN INI....

SELAMAT BERPUASA

Tuesday, August 3, 2010

EXPO KEUSAHAWANAN GIATMARA PULAU PINANG

Kelab Usahawan GIATMARA ( KUG ) Pulau Pinang yang bercadang untuk mengada Expo Keusahawanan GIATMARA Pulau Pinang pada 05 Ogos 2010 telah dibatalkan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.Ini memandangkan pada tarikh tersebut penglibatan pihak GIATMARA Pulau Pinang bertembung dengan program lain dan juga persediaan kita agak terbatas disamping kesebukan peserta bagi persediaan menyambut bulan puasa dan hari raya aidil fitri pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu semua ahli-ahli KUG diharap mendapat makluman terhadap perkara ini dan segala sumbangan yang telah diberi akan dibawa ke Majlis yang akan diadakan kelak.
Oleh itu pihak pengurusan KUG memohon maaf diatas segala kesulitan yang terjadi.

Wednesday, July 21, 2010

PROGRAM KESEDARAN PELAKSANAAN GST BAGI NEGERI PULAU PINANG

Sebagai satu langkah persediaan pelaksanaan GST ( Goods Services Tax ),Panal Kajian Semula Cukai,Kementerian Kewangan dan Unit Tugas-Tugas Khas GST,Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mangadakan satu program kesedaran mengenai GST di Pulau Pinang seperti jadual yang telah ditetapkan dibawah :

Tarikh : 04 Ogos 2010 ( Rabu )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Auditorium A
Tingkat 5,KOMTAR
Jalan Penang
10000 Georgetown
Pulau Pinang
Objektif/Tujuan : Pengenalan kepada model GST Malaysia dan layanan GST

Oleh itu untuk mneyertai program tersebut pihak KOGIAT akan menghantar 2 orang wakil dari kalangan ahli untuk menyertai program tersebut.

KOPERASI USAHAWAN GIATMARA PULAU PINANG



Merujuk keputusan Mesyuarat ALP pada 16 Julai 2010 telah memutuskan semua ahli-ahli yang telah memohon untuk menyertai koperasi yang belum menjelaskan bayaran saham hendak lah dibuat segera kerana pihak pengurusan koperasi kini sedang proses mengeluarkan sijil saham, mengesahkan keahlian dan juga pada ketika ini pihak koperasi dalam perancangan untuk menstruktur semula pegangan dan perancangan perniagaan yang akan dijalankan.
Oleh itu sila hubungi Bendahari koperasi untuk tujuan pengelasan tersebut dengan kadar segera.
Untuk ahli-ahli usdahawan dan lepasan pelatih GIATMARA yang baru pihak koperasi mengalu-alukan penyertaan mereka dalam koperasi pada bila bila masa dan jika ada yang berminat sila hubungi seketeriat koperasi untuk makluman lanjut dan pelaburan saham sebagai ahli.
Jika ada kemuskilan sila hubungi Setiausaha Koperasi atau PPU Pulau Pinang

Tuesday, July 13, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN ALP KUG / KOGIAT

Sempena Majlis Penyampaian Sijil Ahli Kelab KUG (Baru)dan KOGIAT yang akan diadakan pada 07 Ogos 2010 bertempat di D MARA Smart Auto Kepala Batas satu Mesyuarat Pengurusan ALP KUG / KOGIAT akan diadakan pada :

Tarikh : 16 Julai 2010 ( Jumaat )
Jam : 3.00 petang
Bertempat : Bilik Seminar GIATMARA Negeri Pulau Pinang

Oleh itu bagi menjayakan majlis yang dirancang adalah dengan hormatnya dijemput semua ALP dan KOGIAT hadir pada hari tersebut

Kehadiran adalah diwajibkan.Maklumat lanjut sila hubungi En.Nazri

KARNIVAL USAHAWAN DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Bahagian Pembangunan Usahawan MARA Pulau Pinang (PUSMA)menganjurkan satu lawatan perniagaan yang akan diadakan sempena Karnival Usahawan Desa 2010 seperti berikut ;

Tarikh : 23 hingga 24 Julai 2010
Tempat Lawatan : Perkarangan Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur
Peserta terdiri dari : Usahawan MARA/GIATMARA Pulau Pinang
Bayaran : RM 30.00 seorang
Tempat terhad : 30 peserta sahaja ( Siapa cepat dia didahulukan )

Sehubongan dengan itu tawaran ini dibuka kepada semua usahawan / Ahli KUG / KOGIAT GIATMARA yang berminat bolehlah memohon untuk mengikuti program diatas.
Maklumat lanjut dan pendaftaran peserta sila merujuk kepada PPU Pulau PInang atau Timbalan Pengerusi KUG GIATMARA ( Puan Harizal )

Thursday, July 8, 2010

TAWARAN JAWATAN KOSONG

Kilang Perodua di Rawang, Selangor akan mengambil pekerja berjawatan Operator Pengeluaran dari kalangan pelatih lepasan GIATMARA. Bidang kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:

a. Teknologi Kimpalan
b. Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
c. Teknologi Automotif
d. Teknologi Motosikal
e. Teknologi Enjin Marin
f. Teknologi Penyejuk Bekuan Dan Penyaman Udara

Lepasan Pelatih GIATMARA dari kursus/bidang lain juga layak memohon tetapi mestilah mempunyai Sijil Kemahiran GIATMARA. Keterangan lanjut boleh dirujuk pada maklumat yang disertakan.

Tuesday, July 6, 2010

TAKLIMAT PROGRAM CONVERSION PUTEK

Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara akan mengadakan satu sesi taklimat mengenai Program Conversion PUTEK - Basmi Kemiskinan RMK 9 pada :

Tarikh : 11 Julai 2010
Hari : Jumaat
Jam : 03.00 petang
Bertempat : Bilik Seminar GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas

Tujuan taklimat adalah untuk menerangkan berkenaan program tersebut ,kelayakan memohon dan tatacara pengisian borang permohonan dengan betul.

Usahawan lepasan GIATMARA,Ahli-Ahli KUG dan KOGIAT yang berminat dan memerlukan bantuan perniagaan dijemput hadir pada hari yang ditetapkan

Tuesday, June 29, 2010

BANTUAN GERAN CONVERSION PUTEK

MARA Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan untuk menyalurkan bantuan geran conversion PUTEK dibawah program Basmi Kemiskinan kepada usahawan-usahawan MARA yang dikatogerikan seperti berikut ;

a) Usahawan yang telah berniaga
b) Berdaftar Syarikat dengan SSM
c) Warga Pulau Pinang sahaja
d) Dibawah asnaf kemiskinan yang disahkan

Bantuan berbentuk ;
a) Peralatan Bengkel
c) Ubahsuai Bangunan/Bengkel
d) Modal Pusingan (jika perlu)

Oleh itu Usahawan dan Ahli-Ahli KUG yang berminat atau memerlukan bantuan tersebut dan layak sepertimana yang dikatogerikan bolehlah memohon geran tersebut.
Satu sesi perjumpaan dan taklimat akan diadakan di masa terdekat ini.
Maklumat lanjut sila hubungi PPU Pulau Pinang.

KURSUS KEPIMPINAN BERKELIBAR

Jabatan Belia Dan Sukan Seberang Perai Utara menganjurkan satu Kursus Kepimpinan Berkelibar yang akan diadakan di Hotel Emerald Puteri Taman Jati Sungai Petani pada,

Tarikh : 01 Julai - 04 Julai 2010

Keperluan makan-minum,penginapan dan pengankutan bas disediakan oleh pihak Jabatan Belia
Kepada sesiapa yang berminat terutama nya AJK KUG Pulau Pinang ataupun ahli boleh menghubungi PPU Pulau Pinang dengan kadar segera untuk dicalonkan.

Monday, June 28, 2010

KURSUS ANJURAN KOPERASI MALAYSIA

Pihak Majlis Koperasi Malaysia ( MKM )Kedah akan menganjurkan kursus-kursus seperti berikut untuk ahli-ahli koperasi dizon utara.Oleh itu sebagai merebut peluang yang diberi pihak Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang (KOGIAT) menawarkan kepada-kepada ahli-ahlinya yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

a) Bengkel Membuat Keputusan - pada 06 Julai - 08 Julai 2010 bertempat di-Kedah
b) Bengkel Penilaian Projek - pada 13 Julai - 15 Julai 2010 bertempat di-Kedah
c) Bengkel Asas Pengurusan Internet - pada 27 Julai - 29 Julai 2010 bertempat di-Kedah

Kursus dijalankan secara pecuma sepenuhnya.
Ahli-ahli yang berminat sila hubungi Setiausaha KOGIAT atau PPU Pulau Pinang

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS PELANCONGAN

Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang (KOGIAT) menawarkan kepada ahli-ahlinya untuk menyertai kursus perlancongan yang dianjurkan oleh pihak Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia yang akan diadakan pada
Tarikh : 26 - 29 Julai 2010
Bertempat : Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia
Petaling Jaya
Selangor.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursaus ini sila hubungi pihak pentadbiran KOGIAT Pulau Pinang atau PPU Pulau Pinang

SEMINAR KOPERASI IPMa KEBANGSAAN 2010

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) akan menganjurkan Seminar Koperasi IMPa Kebangsaan 2010 pada 19 - 21 Julai 2010 bertempat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam Selangor.

Objektif Utama Seminar
----------------------
a) membincangkan kaeadah pelaksanaan resolusi seminar yang pertama
b) berkongsi best practices koperasi-koperrasi yang berjaya
c) memberi perspektif baru kepada skop dan impak aktiviti koperasi

Seminar ini akan dihadiri oleh Angota Lembaga Koperasi seluruh IPMa.Sehubungan dengan itu pihak KOGIAT Pulau Pinang akan menghantar wakil dari ALP seramai 2 orang untuk menghadiri seminar ini.Segala kos pembayaran semasa seminar akan ditanggung sepenuhnya oleh KOGIAT dan pihak penganjur.
Maklumat lanjut sila hubungi PPU Pulau Pinang.

Tuesday, June 22, 2010

CUP PRIX MALAYSIAN PETROLNAS AAM 2010

Syabas dan sekalung tahniah kepada Ahli KUG Pulau Pinang Syarikat ZM Berkat Motor Saudara Zainol Mat telah menjadi salah satu penaja utama dalam Malaysian Petrolnas Cup Prix 2010 dari pihak GIATMARA Pulau Pinang.
Maklumat lanjut rujuk Harian Metro
Cabaran ZM Berkat dan Malaysian Cub Prix SEMUGA BERJAYA..

Tuesday, June 8, 2010

IKLAN TAWARAN TERBUKA SEBUTHARGA MARA

Peluang untuk Ahli Kelab Usahawan GIATMARA Pulau Pinang

Merujuk surat tawaran daripada GIATMARA Malaysia bertarikh 03 Jun 2010 yang menawarkan Sebutharga Tawaran terbuka MEMBEKAL,MENGHANTAR,MEMASANG DAN MENGUJILARI TIGA BELAS (13) UNIT ALAT PENGHAWA DINGIN UNTUK GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR (PONGSU SERIBU )

Tarikh Pelawa : 07 Jun 2010 Hingga : 15 Jun 2010
Tarikh Tutup : 18 Jun 2010 Masa : 12.00 thg.


Pembekal KUG yang mesti berdaftar dengan Kemterian Kewangan Malaysia (MOF)
KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA AHLI KUG

Dokumen Sebutharga boleh didapati di-Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang pada waktu pejabat ...Pegawai perlu dihubungi EN.FAIZAL ( Pegawai Peralatan GIATMARA Pulau Pinang )

Harapan PPU ..Ahli-Ahli KUG Pulau Pinang hendaklah merebut peluang ini.

Wednesday, June 2, 2010

TAKLIMAT SPE MARA

Pihak pengurusan MARA akan melaksanakan Sistem Perolehan Elektronik MARA (SPE) ke semua pusat pentadbiran MARA dengan menukarkan proses perolehan sediada ( secara manual ) kepada perolehan elektronik menerusi internet (on line). SPE MARA merupakan satu sistem elektronik yang akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan -perkhidmatan yang disediakan.
Sehubungan dengan itu,pihak GIATMARA Pulau Pinang berharap dan mengalu-alukan pembekal GIATMARA terutamanya Ahli KUG / KOGIAT yang berminat untuk sama-sama menyertai taklimat tersebut.

Tarikh program pada : 15 Jun 2010 ( Selasa )
Bertempat : MRSM Kepala Batas

Sebarang pertanyaan dan permohonan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak GIATMARA Negeri Pulau Pinang ( u.p : PPU -Cik Nan )selewat-lewatnya sebelum 04 Jun 2010 .

PROGRAM I-KIT DAN I-KeuNita 2010

Sukacita dimaklumkan pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dan melaksanakan program keusahawanan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.
Program Inkubator Kemahiran I-KIT (Ibu tunggal) dan Inkubator Keusahawanan Wanita I-KeuNita ini adalah merupakan sebuah program latihan kemahiran dan keusahawanan kursus untuk golongan wanita dan ibu tunggal di-Pulau Pinang.
Kaedah perlaksanaan-nya adalah melalui 2 fasa seperti berikut :
a) Kursus Kemahiran Insentif - ( dikendalikan oleh Kolej Komuniti )
b) Bimbingan Keusahawanan - ( dikendalikan oleh GIATMARA Pulau Pinang - unit usahawan )
Program ini akan dijalankan pada bulan Jun 2010
Oleh itu sebagai menyempurnakan program ini satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Y.B Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid,Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ;
Tarikh : 4 Jun 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Vistana Pulau Pinang
- Pengurus GIATMARA Negeri Pulau Pinang , Pegawai Pembangunan Usahawan Pulau Pinang dan wakil bagi pihak GIATMARA akan hadir pada majlis tersebut.

Thursday, May 20, 2010

KURSUS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

Pihak Unit Usahawan GIATMARA Pulau Pinang telah dan akan menganjurkan Kursus Pembudayaan Keusahawanan kepada pelatih-pelatih GIATMARA yang akan tamat pada sesi Januari - Jun 2010
Objektif nya memberi motivasi,bimbingan dan gambaran awal konsep keusahawanan kepada pelatih-pelatih GIATMARA yang akan tamat kursus kelak.
Kakitangan yang terlibat didalam program ini adalah terdiri dari kakitangan yang telah diberi bimbingan kursus TOT keusahawanan oleh pihak Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA dan dipantau sepenuhnya oleh PPU Pulau Pinang.
Kursus ini telah dijalankan mengikut jadual dan module yang telah ditetapkan.

Tarikh,tempat dan penglibatan GIATMARA

24 April - 30 April 2010 - GIATMARA Sungai Bakap dan Nibong Tebal
36 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Sungai Bakap

03 Mei - 07 Mei 2010 - GIATMARA Balik Pulau,Bayan Lepas,Bukit Gelugor,Jelutong
Tanjung dan Bukit Bendera
47 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Balik Pulau

10 Mei - 14 Mei 2010 - GIATMARA Prima Tasek Gelugor dan Kepala Batas
38 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Prima Tasek Gelugor

07 Jun - 11 Jun 2010 - GIATMARA Permatang Pauh,Bagan dan Bukit Mertajam
40 peserta yang akan terlibat
Bertempat di GIATMARA Permatang Pauh

Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan yang telah menjayakan program ini

TOKOH USAHAWAN GIATMARA PULAU PINANG 2009

GIATMARA Pulau Pinang telah mengadakan Hari Kualiti 2009 pada 29 Mac 2010 bertempat di-Komplek Tabung Haji Bayan Lepas.Di antara aturcara yang dijalankan selain anugerah kecemerlangan kakitangan anugerah tokoh usahawan GIATMARA peringkat negeri Pulau Pinang juga di anugerahkan . Dua tokoh usahawan yang telah disaring pilihan pada tahun ini bagi katogeri Tokoh Usahawan Berjaya dan Tokoh Usahawan Harapan.Setelah di nilai dengan seadilnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak PPU telah memberi anugerah ini kepada : TOKOH USAHAWAN BERJAYA Saudara Mohd Nasir bin Mat Husin ( SYARIKAT BOSS CYCLE ) TOKOH USAHAWAN HARAPAN Saudara Zairul Irzwan Bin Wan Mohd Noor ( RESTORAN AL DANTE ) TAHNIAH DIUCAPKAN ....

Monday, May 17, 2010

Tahniah

Tahniah dan syabas kepada PPU & PPPU dan semua warga kerja KUG yang terlibat dalam menjayakan blogspot usahawan GIATMARA Pulau Pinang

Seminar Pengurusan Celik Wang Peringkat Negeri Pulau Pinang

Seminar tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada belia-belia mengenai asas pendidikan kewangan yang perlu ada bagi menjamin kesejahteraan kewangan dalam menjalani kehidupan harian.

Tarikh : 19hb jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Dewan Kualiti,MPC Kepala Batas, Pulau Pinang.

* ahli KUG akan dipilih utk menyertai seminar tersebut.
Terima Kasih.

Pertandingan Logo Jubli Perak GIATMARA

Sempena sambutan Jubli Perak GIATMARA, Pengurusan GIATMARA mengadakan satu Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline sempenan sambutan 25 Tahun Jubli Perak GIATMARA.Pertandingan ini terbuka kepada semua anggota kerja GIATMARA, ahli keluarga dan juga pelatih GIATMARA. Semua penyertaan (Salinan borang asal, logo beserta tagline) hendaklah dihantar ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada 30 September 2010 hanya melalui pos atau `by hand' kepada :

Jabatan Penyelidikan & Pembangunan
GIATMARA Malaysia
Tingkat 4,Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

* Hanya satu hadiah sahaja yang diberi.Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000.00 dan pakej percutian 3 hari 2 malam.

Syarat-syarat pertandingan, anda boleh melayari laman web di http://www.giatmara.edu.my/pertandingan

Tundaan Tarikh Karnival Inovasi GIATMARA-TM 2010

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh Karnival Inovasi telah ditunda atas permintaan daripada pejabat TPM. Bagaimanapun tarikh baru belum dapat dipastikan, tetapi dijangka bermula pada awal Jun 2010.Sebarang kesulitan amat dikesali.

Friday, May 14, 2010

PERJUMPAAN / MAJLIS BERDIALOG BERSAMA KETUA JABATAN PEMBANGUNAN USAHAWAN GIATMARA MALAYSIA ( PUAN FAZRINA BT. DATO MOHAMAD FAHMI )
---------------------------------------------------------------------------------
Satu perjumpaan khas dan majlis berdialog bersama Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia akan diadakan pada :- Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu
Jam : 10.00 pagi
Bertempat : Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas.
Tuan/Puan ahli-ahli KUG dan KOGIAT dengan hormatnya dijemput hadir pada majlis tersebut.

Agenda Perjumpaan
-----------------
a) Salam perkenalan bersama usahawan GIATMARA Pulau Pinang
b) Info-Info terkini dari Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia
c) Soal Jawab permasalahan yang timbul
d) Perancangan terkini dari Unit Usahawan Negeri
e) Hal-hal lain

Sekian,untuk makluman

Thursday, May 13, 2010

SEMINAR/KURSUS MEMBINA LAMAN WEB PERNIAGAAN ( mybizpoint )
----------------------------------------------------------
Adalah dimaklumkan bahawa GIATMARA akan mengadakan Karnival Inovasi yang dijangka akan diadakan pada 21 - 25 Mei 2010 di-Muar Johor ( terlakluk kepada pindaan ).Bersempena dengan Karnival tersebut,Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA akan menganjurkan seminar/kursus membina laman web kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk memperluaskan perniagaan mereka melalui jalur lebar.Kursus ini akan dikendalikan oleh TM sme.Kursus ini dijangka akan diadakan pada 23 Mei 2010 ditempat Karnival.Yuran Langganan setahun berjumlah RM 470.00 dan penginapan serta makan minum ditanggung oleh GIATMARA pada tarikh program.Perbelanjaan selain daripada yang disebut ditanggung oleh usahawan sendiri.
Sehubungan itu mana-mana usahawan lepasan GIATMARA yang berminat untuk menyertai kursus ini hubungi Cik Nan PPU Pulau Pinang segera .

Tuesday, May 4, 2010

DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010



DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010
DI PERKARANGAN STADIUM SULTAN MOHAMAD IV
KELANTAN DARUL NAIM


Untuk makluman Seluruh Warga Kerja GIATMARA, JOM HEBOH merupakan salah satu lagi kaedah promosi yang dijalankan oleh Unit Perhubungan Awam di Jabatan Perhubungan Korporat GIATMARA bagi membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Penglibatan GIATMARA buat julung kalinya di dalam Program JOM HEBOH pada 26 & 27 Mac 2010 di Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di Negeri Kelantan telah mendapat sambutan menggalakkan dan di luar jangkaan khususnya daripada masyarakat Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang terlibat pada 26 Mac 2010 (Jumaat) adalah DEMO Sulaman Reben oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat. Pada sebelah petang pula, DEMO menghias tiga biji Kek telah dikendalikan oleh Cik Masyitah Binti Mohammad daripada GM Batu Rakit,Terengganu. Sebanyak 50 biji cup cake disediakan oleh GIATMARA kepada pengunjung untuk dihiaskan dan dilelong untuk tabung TV3. Selain daripada itu, DEMO gaya pemakaian tudung di Main Stage Studio TV3 telah dilakukan oleh Cik Laila Aqilah salah seorang lepasan pelatih GIATMARA Ampang Jaya.

Pada 27 Mac 2010 (Sabtu) pula, DEMO Sulaman Manik turut dijalankan oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat bersama Pelatih GIATMARA dan bekas Peserta Latihan Menjana Pendapatan (LMP). DEMO aksesori wanita seperti membuat tali jam menggunakan manik Kristal, gelang, rantai leher dan membuat brooch turut diadakan. Pada sebelah petang pula, DEMO solekan formal dibuat di Main Stage Studio TV3 dan tiga orang pengunjung telah dipilih sebagai model solekan.

Sepanjang DEMO berlangsung, Pihak TV3 turut sama membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Sejumlah 1200 keping borang permohonan danphamplet GIATMARA telah habis diedarkan kepada pengunjung sepanjang program diadakan.

Akhir kata SYABAS DAN TAHNIAH kepada Seluruh Warga Kerja GIATMARA khususnya kepada GIATMARA Negeri Kelantan dan Terengganu di atas kerjasama serta sokongan padu samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program JOM HEBOH.