Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Thursday, May 20, 2010

KURSUS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

Pihak Unit Usahawan GIATMARA Pulau Pinang telah dan akan menganjurkan Kursus Pembudayaan Keusahawanan kepada pelatih-pelatih GIATMARA yang akan tamat pada sesi Januari - Jun 2010
Objektif nya memberi motivasi,bimbingan dan gambaran awal konsep keusahawanan kepada pelatih-pelatih GIATMARA yang akan tamat kursus kelak.
Kakitangan yang terlibat didalam program ini adalah terdiri dari kakitangan yang telah diberi bimbingan kursus TOT keusahawanan oleh pihak Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA dan dipantau sepenuhnya oleh PPU Pulau Pinang.
Kursus ini telah dijalankan mengikut jadual dan module yang telah ditetapkan.

Tarikh,tempat dan penglibatan GIATMARA

24 April - 30 April 2010 - GIATMARA Sungai Bakap dan Nibong Tebal
36 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Sungai Bakap

03 Mei - 07 Mei 2010 - GIATMARA Balik Pulau,Bayan Lepas,Bukit Gelugor,Jelutong
Tanjung dan Bukit Bendera
47 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Balik Pulau

10 Mei - 14 Mei 2010 - GIATMARA Prima Tasek Gelugor dan Kepala Batas
38 peserta yang terlibat
Bertempat di GIATMARA Prima Tasek Gelugor

07 Jun - 11 Jun 2010 - GIATMARA Permatang Pauh,Bagan dan Bukit Mertajam
40 peserta yang akan terlibat
Bertempat di GIATMARA Permatang Pauh

Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan yang telah menjayakan program ini

TOKOH USAHAWAN GIATMARA PULAU PINANG 2009

GIATMARA Pulau Pinang telah mengadakan Hari Kualiti 2009 pada 29 Mac 2010 bertempat di-Komplek Tabung Haji Bayan Lepas.Di antara aturcara yang dijalankan selain anugerah kecemerlangan kakitangan anugerah tokoh usahawan GIATMARA peringkat negeri Pulau Pinang juga di anugerahkan . Dua tokoh usahawan yang telah disaring pilihan pada tahun ini bagi katogeri Tokoh Usahawan Berjaya dan Tokoh Usahawan Harapan.Setelah di nilai dengan seadilnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak PPU telah memberi anugerah ini kepada : TOKOH USAHAWAN BERJAYA Saudara Mohd Nasir bin Mat Husin ( SYARIKAT BOSS CYCLE ) TOKOH USAHAWAN HARAPAN Saudara Zairul Irzwan Bin Wan Mohd Noor ( RESTORAN AL DANTE ) TAHNIAH DIUCAPKAN ....

Monday, May 17, 2010

Tahniah

Tahniah dan syabas kepada PPU & PPPU dan semua warga kerja KUG yang terlibat dalam menjayakan blogspot usahawan GIATMARA Pulau Pinang

Seminar Pengurusan Celik Wang Peringkat Negeri Pulau Pinang

Seminar tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada belia-belia mengenai asas pendidikan kewangan yang perlu ada bagi menjamin kesejahteraan kewangan dalam menjalani kehidupan harian.

Tarikh : 19hb jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Dewan Kualiti,MPC Kepala Batas, Pulau Pinang.

* ahli KUG akan dipilih utk menyertai seminar tersebut.
Terima Kasih.

Pertandingan Logo Jubli Perak GIATMARA

Sempena sambutan Jubli Perak GIATMARA, Pengurusan GIATMARA mengadakan satu Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline sempenan sambutan 25 Tahun Jubli Perak GIATMARA.Pertandingan ini terbuka kepada semua anggota kerja GIATMARA, ahli keluarga dan juga pelatih GIATMARA. Semua penyertaan (Salinan borang asal, logo beserta tagline) hendaklah dihantar ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada 30 September 2010 hanya melalui pos atau `by hand' kepada :

Jabatan Penyelidikan & Pembangunan
GIATMARA Malaysia
Tingkat 4,Bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

* Hanya satu hadiah sahaja yang diberi.Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000.00 dan pakej percutian 3 hari 2 malam.

Syarat-syarat pertandingan, anda boleh melayari laman web di http://www.giatmara.edu.my/pertandingan

Tundaan Tarikh Karnival Inovasi GIATMARA-TM 2010

Dukacita dimaklumkan bahawa tarikh Karnival Inovasi telah ditunda atas permintaan daripada pejabat TPM. Bagaimanapun tarikh baru belum dapat dipastikan, tetapi dijangka bermula pada awal Jun 2010.Sebarang kesulitan amat dikesali.

Friday, May 14, 2010

PERJUMPAAN / MAJLIS BERDIALOG BERSAMA KETUA JABATAN PEMBANGUNAN USAHAWAN GIATMARA MALAYSIA ( PUAN FAZRINA BT. DATO MOHAMAD FAHMI )
---------------------------------------------------------------------------------
Satu perjumpaan khas dan majlis berdialog bersama Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia akan diadakan pada :- Tarikh : 15 Mei 2010
Hari : Sabtu
Jam : 10.00 pagi
Bertempat : Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas.
Tuan/Puan ahli-ahli KUG dan KOGIAT dengan hormatnya dijemput hadir pada majlis tersebut.

Agenda Perjumpaan
-----------------
a) Salam perkenalan bersama usahawan GIATMARA Pulau Pinang
b) Info-Info terkini dari Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia
c) Soal Jawab permasalahan yang timbul
d) Perancangan terkini dari Unit Usahawan Negeri
e) Hal-hal lain

Sekian,untuk makluman

Thursday, May 13, 2010

SEMINAR/KURSUS MEMBINA LAMAN WEB PERNIAGAAN ( mybizpoint )
----------------------------------------------------------
Adalah dimaklumkan bahawa GIATMARA akan mengadakan Karnival Inovasi yang dijangka akan diadakan pada 21 - 25 Mei 2010 di-Muar Johor ( terlakluk kepada pindaan ).Bersempena dengan Karnival tersebut,Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA akan menganjurkan seminar/kursus membina laman web kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk memperluaskan perniagaan mereka melalui jalur lebar.Kursus ini akan dikendalikan oleh TM sme.Kursus ini dijangka akan diadakan pada 23 Mei 2010 ditempat Karnival.Yuran Langganan setahun berjumlah RM 470.00 dan penginapan serta makan minum ditanggung oleh GIATMARA pada tarikh program.Perbelanjaan selain daripada yang disebut ditanggung oleh usahawan sendiri.
Sehubungan itu mana-mana usahawan lepasan GIATMARA yang berminat untuk menyertai kursus ini hubungi Cik Nan PPU Pulau Pinang segera .

Tuesday, May 4, 2010

DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010



DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010
DI PERKARANGAN STADIUM SULTAN MOHAMAD IV
KELANTAN DARUL NAIM


Untuk makluman Seluruh Warga Kerja GIATMARA, JOM HEBOH merupakan salah satu lagi kaedah promosi yang dijalankan oleh Unit Perhubungan Awam di Jabatan Perhubungan Korporat GIATMARA bagi membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Penglibatan GIATMARA buat julung kalinya di dalam Program JOM HEBOH pada 26 & 27 Mac 2010 di Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di Negeri Kelantan telah mendapat sambutan menggalakkan dan di luar jangkaan khususnya daripada masyarakat Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang terlibat pada 26 Mac 2010 (Jumaat) adalah DEMO Sulaman Reben oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat. Pada sebelah petang pula, DEMO menghias tiga biji Kek telah dikendalikan oleh Cik Masyitah Binti Mohammad daripada GM Batu Rakit,Terengganu. Sebanyak 50 biji cup cake disediakan oleh GIATMARA kepada pengunjung untuk dihiaskan dan dilelong untuk tabung TV3. Selain daripada itu, DEMO gaya pemakaian tudung di Main Stage Studio TV3 telah dilakukan oleh Cik Laila Aqilah salah seorang lepasan pelatih GIATMARA Ampang Jaya.

Pada 27 Mac 2010 (Sabtu) pula, DEMO Sulaman Manik turut dijalankan oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat bersama Pelatih GIATMARA dan bekas Peserta Latihan Menjana Pendapatan (LMP). DEMO aksesori wanita seperti membuat tali jam menggunakan manik Kristal, gelang, rantai leher dan membuat brooch turut diadakan. Pada sebelah petang pula, DEMO solekan formal dibuat di Main Stage Studio TV3 dan tiga orang pengunjung telah dipilih sebagai model solekan.

Sepanjang DEMO berlangsung, Pihak TV3 turut sama membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Sejumlah 1200 keping borang permohonan danphamplet GIATMARA telah habis diedarkan kepada pengunjung sepanjang program diadakan.

Akhir kata SYABAS DAN TAHNIAH kepada Seluruh Warga Kerja GIATMARA khususnya kepada GIATMARA Negeri Kelantan dan Terengganu di atas kerjasama serta sokongan padu samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program JOM HEBOH.