Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, March 22, 2011

IKLAN TERBUKA SEBUTHARGA GIATMARA NEGERI PULAU PINANG

Perluang terbaik untuk ahli-ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang untuk menambah pendapatan disamping perniagaan sedia ada.
Satu iklan terbuka Sebutharga Peralatan Bengkel bagi GIATMARA Prima Tasek Gelugor dan Jelutong dikeluarkan oleh pihak GIATMARA bagi kursus baru.
Oleh itu kepada Syarikat -Syarikat KUG dan KOGIAT yang memenuhi syarat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan adalah dipelawa memohon ,borang sebutharga boleh diperolehi di Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas.(rujuk PPU Penang )

Tarikh tawaran dikeluarkan 21 Mac 2011 dan tutup pada 07 April 2011

Tuesday, March 1, 2011

DEMO SULAMAN REBEN

Sempena Majlis Sambutan Hari MARA Ke 45 dan Perlancaran Setem GIATMARA 25 tahun,GIATMARA akan mengadakan Demo Sulaman Reben dan maklumat berkaitan adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 dan 3 Mac 2011 ( rabu dan khamis )
Tempat : Perkarangan pentas utama, lobby MARA
Perlaksanaan : 2 dan 3 Mac 2011 ( sesi 1 : jam 10.00 pagi - 12.00 tgh, )
( sesi 2 : jam 2.00 ptg - 4.00 ptg )

Jumlah penyertaaan adalah dihadkan 20 orang setiap sesi dan penyertaan adalah dilaksanakan berdasarkan " First Come First Serve "
Bayaran bahan demo adalah ditanggung oleh peserta yang dianggarkan berjumlah RM 25.00 sahaja.

Untuk makluman dan keterangan lanjut sila hubungi En.Adnan PPU Penang

KURSUS LATIHAN ANJURAN MARA PULAU PINANG

Pihak MARA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan kursus-kursus berikut :

a) Kursus Latihan Kemahiran Installer IBS ( Light Weight Roof Trusses )
Pada : 20 Mac 2110 - 25 Mac 2001
Masa : sepenuh masa ( pagi - petang )
Pengenapan : disediakan oleh pihak MARA ( Hotel Seri MalaysiaJalan Stadium Alor Setar ) termasuk makan/minum ( 6 kali sehari )
Yuran dikenakan : PERCUMA

b) Kursus Teknologi Berdasarkan Aluminium Sliding Door & Window
Pada : 03 April - 08 April 2011
Masa : sepenuh masa ( pagi - petang )
Penginapan : akan disediakan oleh pihak MARA termasuk makan/minum 6 kali sehari
Yuran dikenakan : RM 100.00 seorang

Oleh itu pihak Unit Usahawan Pulau Pinang mempelawa usahawan-usahawanGIATMARA / ahli-ahli KUG dan KOGIAT di GIATMARA tuan/puan yangberminat dan ingin menambah kemahiran baru boleh lah memohon kursustersebut.

Tempat adalah terhad siapa cepat dia dapat

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi En.Mohd Adnan ( PPU Pulau Pinang )