Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, November 9, 2010

PRODUK KECANTIKAN " AINA BEAUTY SERIES


" AINA BEAUTY SERIES " adalah merupakan produk kecantikan yang telah dihasilkan oleh usahawan KUG Pulau Pinang dibawah syarikat ,
Sentuhan Jelita
No.17 Tingkat 1,Lorong Aman Putera 1
Taman Aman Putera
13200 Kepala Batas Pulau Pinang

Pihak PPU Pulau Pinang berharap semua ahli-ahli KUG mewar-warkan produk ini dan pada yang berminat boleh menghubungi terus kepada Puan Khalilah Bt.Yaakub tel no: 019-5741546 untuk keterangan lanjut.

TAWARAN KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGGUNAAN MESIN JAHIT

Syarikat Elestar Sdn.Bhd. telah menghubungi pihak pengurusan GIATMARA dengan tujuan menawarkan kepada usahawan GIATMARA dan ahli-ahli KUG kursus penyelenggaraan dan penggunaan mesin jahit secara percuma bagi meningkatkan kemahiran usahawan dan pembekal barangan jahitan untuk memperbagaikan perkhidmatan dengan tujuan meningkatkan pendapatan sedia ada.
Sehubungan dengan itu jika ada usahawan dan ahli-ahli KUG yang berminat ,sila hubungi Cik Nan PPU Pulau Pinang untu keterangan lanjut.

PEMBIAYAAN MIKRO BSN

Peluang baik untuk usahawan dan ahli-ahli KUG GIATMARA Pulau Pinang.

Merujuk kepada perbincangan diantara pihak tertinggi GIATMARA dan pihak BSN ( Bank Simpanan Nasional ) Malaysia didalam satu majlis mesyuarat tempoh hari,pihak BSN berminat untuk menawarkan pembiayaan mikro kepada usahawan lepasan GIATMARA.

Peluang pembiayaan ini adalah satu alternatif kepada pembiayaan perniagaan untuk usahawan mikro,selain yang ditawarkan oleh agensi kewangan yang lain.

Oleh itu sebagai merebut peluang ini ,para usahawan dan ahli KUG yang berminat boleh lah menghubungi terus dengan Puan Anis binti Basri ( Pengurus Jabatan Mikro Kewangan BSN ditalian 03-21623222 samb.7303 bagi tujuan pembiayaan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga jika ada permintaan ramai dari pihak usahawan , pihak pengurusan KUG/PPU Pulau Pinang boleh menganjurkan untuk BSN memberikan taklimat pembiayaan tersebut