Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, November 9, 2010

PEMBIAYAAN MIKRO BSN

Peluang baik untuk usahawan dan ahli-ahli KUG GIATMARA Pulau Pinang.

Merujuk kepada perbincangan diantara pihak tertinggi GIATMARA dan pihak BSN ( Bank Simpanan Nasional ) Malaysia didalam satu majlis mesyuarat tempoh hari,pihak BSN berminat untuk menawarkan pembiayaan mikro kepada usahawan lepasan GIATMARA.

Peluang pembiayaan ini adalah satu alternatif kepada pembiayaan perniagaan untuk usahawan mikro,selain yang ditawarkan oleh agensi kewangan yang lain.

Oleh itu sebagai merebut peluang ini ,para usahawan dan ahli KUG yang berminat boleh lah menghubungi terus dengan Puan Anis binti Basri ( Pengurus Jabatan Mikro Kewangan BSN ditalian 03-21623222 samb.7303 bagi tujuan pembiayaan tersebut.

Sehubungan dengan itu juga jika ada permintaan ramai dari pihak usahawan , pihak pengurusan KUG/PPU Pulau Pinang boleh menganjurkan untuk BSN memberikan taklimat pembiayaan tersebut

0 comments:

Post a Comment