Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, May 4, 2010

DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010



DEMO GIATMARA SEMPENA PROGRAM JOM HEBOH 26 & 27 MAC 2010
DI PERKARANGAN STADIUM SULTAN MOHAMAD IV
KELANTAN DARUL NAIM


Untuk makluman Seluruh Warga Kerja GIATMARA, JOM HEBOH merupakan salah satu lagi kaedah promosi yang dijalankan oleh Unit Perhubungan Awam di Jabatan Perhubungan Korporat GIATMARA bagi membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Penglibatan GIATMARA buat julung kalinya di dalam Program JOM HEBOH pada 26 & 27 Mac 2010 di Perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di Negeri Kelantan telah mendapat sambutan menggalakkan dan di luar jangkaan khususnya daripada masyarakat Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang terlibat pada 26 Mac 2010 (Jumaat) adalah DEMO Sulaman Reben oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat. Pada sebelah petang pula, DEMO menghias tiga biji Kek telah dikendalikan oleh Cik Masyitah Binti Mohammad daripada GM Batu Rakit,Terengganu. Sebanyak 50 biji cup cake disediakan oleh GIATMARA kepada pengunjung untuk dihiaskan dan dilelong untuk tabung TV3. Selain daripada itu, DEMO gaya pemakaian tudung di Main Stage Studio TV3 telah dilakukan oleh Cik Laila Aqilah salah seorang lepasan pelatih GIATMARA Ampang Jaya.

Pada 27 Mac 2010 (Sabtu) pula, DEMO Sulaman Manik turut dijalankan oleh Encik Uliah@Alias Bin Isa, Tenaga Pengajar GM Nilam Puri dan Puan Hilmiah Binti Mohd. Noor, Tenaga Pengajar GM Tumpat bersama Pelatih GIATMARA dan bekas Peserta Latihan Menjana Pendapatan (LMP). DEMO aksesori wanita seperti membuat tali jam menggunakan manik Kristal, gelang, rantai leher dan membuat brooch turut diadakan. Pada sebelah petang pula, DEMO solekan formal dibuat di Main Stage Studio TV3 dan tiga orang pengunjung telah dipilih sebagai model solekan.

Sepanjang DEMO berlangsung, Pihak TV3 turut sama membantu mempromosikan kursus-kursus yang dijalankan di GIATMARA. Sejumlah 1200 keping borang permohonan danphamplet GIATMARA telah habis diedarkan kepada pengunjung sepanjang program diadakan.

Akhir kata SYABAS DAN TAHNIAH kepada Seluruh Warga Kerja GIATMARA khususnya kepada GIATMARA Negeri Kelantan dan Terengganu di atas kerjasama serta sokongan padu samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program JOM HEBOH.

0 comments:

Post a Comment