Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Wednesday, June 2, 2010

TAKLIMAT SPE MARA

Pihak pengurusan MARA akan melaksanakan Sistem Perolehan Elektronik MARA (SPE) ke semua pusat pentadbiran MARA dengan menukarkan proses perolehan sediada ( secara manual ) kepada perolehan elektronik menerusi internet (on line). SPE MARA merupakan satu sistem elektronik yang akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan -perkhidmatan yang disediakan.
Sehubungan dengan itu,pihak GIATMARA Pulau Pinang berharap dan mengalu-alukan pembekal GIATMARA terutamanya Ahli KUG / KOGIAT yang berminat untuk sama-sama menyertai taklimat tersebut.

Tarikh program pada : 15 Jun 2010 ( Selasa )
Bertempat : MRSM Kepala Batas

Sebarang pertanyaan dan permohonan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak GIATMARA Negeri Pulau Pinang ( u.p : PPU -Cik Nan )selewat-lewatnya sebelum 04 Jun 2010 .

0 comments:

Post a Comment