Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Wednesday, June 2, 2010

PROGRAM I-KIT DAN I-KeuNita 2010

Sukacita dimaklumkan pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dan melaksanakan program keusahawanan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.
Program Inkubator Kemahiran I-KIT (Ibu tunggal) dan Inkubator Keusahawanan Wanita I-KeuNita ini adalah merupakan sebuah program latihan kemahiran dan keusahawanan kursus untuk golongan wanita dan ibu tunggal di-Pulau Pinang.
Kaedah perlaksanaan-nya adalah melalui 2 fasa seperti berikut :
a) Kursus Kemahiran Insentif - ( dikendalikan oleh Kolej Komuniti )
b) Bimbingan Keusahawanan - ( dikendalikan oleh GIATMARA Pulau Pinang - unit usahawan )
Program ini akan dijalankan pada bulan Jun 2010
Oleh itu sebagai menyempurnakan program ini satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Y.B Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid,Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ;
Tarikh : 4 Jun 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Vistana Pulau Pinang
- Pengurus GIATMARA Negeri Pulau Pinang , Pegawai Pembangunan Usahawan Pulau Pinang dan wakil bagi pihak GIATMARA akan hadir pada majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment