Perbadanan Nasional Berhad (PNS),sebuah agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program "Francais Usahawan Muda 1 Malaysia " yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia pada 29 Sept.2010 ( tarikh ini ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak ) yang bertempat di-Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur.
Program Francais Usahawan Muda 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan sasaran khususnya dan masyarakat luar amnya mengenai perniagaan francais.Selain itu,program ini akan menjadi platform bagi mengumpul usahawan yang terlibat didalam perniagaan secara francais termasuklah didalam industri makanan,perkhidmatan,pakaian dan lain-lain lagi.Program ini menjadi medium bagi mereka mempromosikan modul perniagaan francais, produk dan barangan keluaran mereka.
Sehubngan itu dengan kesempatan ini pihak PNS telah menjemput penuntut/usahawan GIATMARA untuk menghadiri program ini terutamanya dalam sesi seminar yang akan dianjurkan kerana ia akan dapat memberi peluang untuk menimba pengetahuan mengenai keusahawanan dan perniagaan melalui sistem francais serta menarik minat untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.
Oleh itu pihak Unit Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mempelawa kepada semua Ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang merebut peluang ini.
Kepada ahli yang berminat sila hubungi En.Nan (PPU Penang) dengan kadar segera untuk mendaftar menyertai program tersebut.
Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang
- UPU Giatmara PP
- Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
- Ditubuhkan untuk membantu usahawan
0 comments:
Post a Comment