Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Wednesday, October 13, 2010

KURSUS LATIHAN KONTRAKTOR INSTALLER & INSTALLER IBS

MARA Negeri Pulau Pinang ( Bahagian Unit Latihan dan Usahawan ) akan menganjurkan Kursus Latihan Kontraktor Installer & Installer IBS dibawah Program Pembangunan Usahawan IBS & Hardware Bumiputera pada bulan November 2010 ( tarikh akan dimaklumkan kelak )
Kursus ini adalah merupakan kaedah pengajaran pasang siap didalam projek-projek pembinaan perumahan dan sebagainya yang berkaitan.
Sehubungan dengan itu pihak MARA Negeri telah menawarkan kepada usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah memohon untuk menyertai kursus tersebut - kursus dijalankan secara percuma dan tempat latihan akan ditentukan oleh pihak MARA.
Oleh itu bagi pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang amat mengalu-alukan penyertaan tersebut kerana program ini amat baik dan berguna kepada kita kelak disamping perniagaan yang kita jalankan sekarang.
Kepada usahawan ,ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah mendapat Borang Permohonan dari Cik Nan ( PPU Penang ) dengan kadar segara ...kerana pemilihan peserta adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

0 comments:

Post a Comment