Pihak GIATMARA / MARA Pulau Pinang telah mengeluarkan tawaran kali kedua berkenaan bantuan geran melalui Program Basmi Kemiskinan Projek Inkubator Teknikal PUTEK Conversion yang dikhaskan kepada lepasan pelatih GIATMARA / MARA am nya pada bulan Ogos 2010.
Sambutan dan permohonan dari usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG adalah amat baik.
Merujuk kepada perkara ini MARA Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat arahan penangguhan tawaran ini sementara bertarikh 12 Oktober 2010 berikutan dengan kekangan peruntukan pada masa ini,walaubagaiman pun segala keputusan dan maklumat terkini akan diberitahu kelak.
Sehubungan dengan itu harapan dari pada Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang berharap perkara ini dapat diteruskan kerana dengan ada nya bantuan ini merupakan satu galakan kepada usahawan-usahawan GIATMARA terutamanya yang baru.
Oleh itu kepada yang berjaya memperolehi bantuan ini walaupun tidak sepertimana yang dipohon memandangkan ramai yang memohon dan agihan dan penilaian terpaksa dilakukan tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa mungkin bukan rezeki kita.
Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang
- UPU Giatmara PP
- Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
- Ditubuhkan untuk membantu usahawan
0 comments:
Post a Comment