Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 2010/1431

Unit Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan oleh Allah swt pada tahun ini kepada semua warga GIATMARA Pulau Pinang ,Ahli-Ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang...Semoga pada bulan ini Allah akan memberi kerahmatan dan kemulian kepada kita dari apa yang kita usahakan dan nikmati selama ini dan juga guna lah kesempatan dan peluang beribadah yang ada pada bulan ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

IBADAH Puasa
Tajuk :
Kewajiban Berpuasa Dibulan Ramadhan
Hadith :
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

Tajuk :
Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

(Bukhari & Muslim)

REBUTLAH TAWARAN INI....

SELAMAT BERPUASA

0 comments:

Post a Comment