Satu Majlis Penyerahan Cek (Program LMP GIATMARA) kepada pihak pengurusan KOGIAT Pulau Pinang yang akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif GIATMARA Malaysia pada ;
Tarikh : 22 hb. Oktober 2010 ( Jumaat )
Jam : 3.30 petang
Bertempat : Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang
Majlis ini adalah sebagai simbolik penyerahan cek kepada pihak KOGIAT Pulau Pinang untuk mengurus dan mengawal selia program LMP (kursus ikan keli) dari Syarikat Rahmati Enterprise (pembekal utama)yang mengalami masalah dalaman syarikat.
Oleh itu sebagai meraikan majlis tersebut semua ALP KOGIAT adalah dijemput hadir bersama pada hari itu.
Maklumat lanjut sila hubungi En.Nan (PPU GIATMARA Pulau Pinang )
Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang
- UPU Giatmara PP
- Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
- Ditubuhkan untuk membantu usahawan
Thursday, October 21, 2010
Wednesday, October 13, 2010
KURSUS LATIHAN KONTRAKTOR INSTALLER & INSTALLER IBS
MARA Negeri Pulau Pinang ( Bahagian Unit Latihan dan Usahawan ) akan menganjurkan Kursus Latihan Kontraktor Installer & Installer IBS dibawah Program Pembangunan Usahawan IBS & Hardware Bumiputera pada bulan November 2010 ( tarikh akan dimaklumkan kelak )
Kursus ini adalah merupakan kaedah pengajaran pasang siap didalam projek-projek pembinaan perumahan dan sebagainya yang berkaitan.
Sehubungan dengan itu pihak MARA Negeri telah menawarkan kepada usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah memohon untuk menyertai kursus tersebut - kursus dijalankan secara percuma dan tempat latihan akan ditentukan oleh pihak MARA.
Oleh itu bagi pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang amat mengalu-alukan penyertaan tersebut kerana program ini amat baik dan berguna kepada kita kelak disamping perniagaan yang kita jalankan sekarang.
Kepada usahawan ,ahli-ahli KUG dan KOGIAT yang berminat bolehlah mendapat Borang Permohonan dari Cik Nan ( PPU Penang ) dengan kadar segara ...kerana pemilihan peserta adalah bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

PROGRAM PUTEK CONVERSION LEPASAN GIATMARA
Pihak GIATMARA / MARA Pulau Pinang telah mengeluarkan tawaran kali kedua berkenaan bantuan geran melalui Program Basmi Kemiskinan Projek Inkubator Teknikal PUTEK Conversion yang dikhaskan kepada lepasan pelatih GIATMARA / MARA am nya pada bulan Ogos 2010.
Sambutan dan permohonan dari usahawan GIATMARA terutamanya ahli-ahli KUG adalah amat baik.
Merujuk kepada perkara ini MARA Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat arahan penangguhan tawaran ini sementara bertarikh 12 Oktober 2010 berikutan dengan kekangan peruntukan pada masa ini,walaubagaiman pun segala keputusan dan maklumat terkini akan diberitahu kelak.
Sehubungan dengan itu harapan dari pada Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang berharap perkara ini dapat diteruskan kerana dengan ada nya bantuan ini merupakan satu galakan kepada usahawan-usahawan GIATMARA terutamanya yang baru.
Oleh itu kepada yang berjaya memperolehi bantuan ini walaupun tidak sepertimana yang dipohon memandangkan ramai yang memohon dan agihan dan penilaian terpaksa dilakukan tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa mungkin bukan rezeki kita.

Friday, October 8, 2010
PROGRAM "FRANCAIS USAHAWAN MUDA 1 MALAYSIA"
Perbadanan Nasional Berhad (PNS),sebuah agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program "Francais Usahawan Muda 1 Malaysia " yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia pada 29 Sept.2010 ( tarikh ini ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak ) yang bertempat di-Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur.
Program Francais Usahawan Muda 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan sasaran khususnya dan masyarakat luar amnya mengenai perniagaan francais.Selain itu,program ini akan menjadi platform bagi mengumpul usahawan yang terlibat didalam perniagaan secara francais termasuklah didalam industri makanan,perkhidmatan,pakaian dan lain-lain lagi.Program ini menjadi medium bagi mereka mempromosikan modul perniagaan francais, produk dan barangan keluaran mereka.
Sehubngan itu dengan kesempatan ini pihak PNS telah menjemput penuntut/usahawan GIATMARA untuk menghadiri program ini terutamanya dalam sesi seminar yang akan dianjurkan kerana ia akan dapat memberi peluang untuk menimba pengetahuan mengenai keusahawanan dan perniagaan melalui sistem francais serta menarik minat untuk menjadi usahawan yang berdaya saing.
Oleh itu pihak Unit Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mempelawa kepada semua Ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang merebut peluang ini.
Kepada ahli yang berminat sila hubungi En.Nan (PPU Penang) dengan kadar segera untuk mendaftar menyertai program tersebut.