Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Saturday, January 8, 2011

SAMBUTAN JUBLI PERAK GIATMARA 2011

GIATMARA Malaysia akan menganjurkan program Sambutan 25 tahun Jubli Perak bertempat di GIATMARA Kubang Pasu Jitra bermula dari 08 Januari 2011 sehingga 12 januari 2011.
Kemuncak sambutan ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu bagi memeriahkan majlis kemuncak ini ,GIATMARA dengan hormatnya menjemput semua warga KUG dan KOGIAT Pulau Pinang turut hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut pada,
Tarikh : 11 Januari 2011 ( Selasa ) dan 12 Januari 2011 (Rabu )
Bertempat : GIATMARA Kubang Pasu Jitra
Masa : 10.00 pagi

Aktiviti sepanjang majlis pelancaran tersebut,
11 Januari 2011 - Majlis Pertandingan Inovasi GIATMARA
- perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato Mukhriz
Tun Mahathir ( Tim.Menteri MITI )
12 Januari 2011 - Majlis Pelancaran Jubli Perak GIATMARA
- perasmian dan pelancaran disempurnakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Bin
Mohamad ( mantan Perdana Menteri Malaysia )

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut pihak GIATMARA dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan/puan pada majlis itu.Terima kasih

0 comments:

Post a Comment