Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Thursday, January 27, 2011

FESTIVAL MAULID RASUL DAN PAMERAN PERDANGAN HALAL 2011

Jawatankuasa sekretariat Lima Dasar Trade Fair akan menganjurkan pameran perdangan Halal yang akan diadakan di Bandar Besar Yala Selatan Thailand dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Yala dan Masjid Besar Raudhatun Jannah Yala.Program ini adalah bersempena sambutan Maulidul Rasul yang disambut secara besar-besaran setiap tahun di Wilayah Yala
Maklumat lanjut berhubun program tersebut adalah seperti berikut :

Nama Program : Festival Maulid Rasul Dan Pameran Perdangan Halal 2011
Tempat : Bandar Besar Yala
Tarikh : 10 - 13 Februari 2011
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Kos Ruang Pameran : RM 1000.00
Keluasan ^ Booth ^ : 3m x 3m

Oleh itu kepada semua usahawan,ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai program dan pameran ini hendak lah terlebih dahulu dimajukan permohonan kepada PPU Pulau Pinang ( En.Adnan ) sebelum dipanjangkan ke Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia.

^ REBUTLAH PELUANG INI SUPAYA HASIL KERJA KITA KE TAHAP GLOBAL ^

0 comments:

Post a Comment