Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Monday, September 12, 2011

TAWARAN PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GIATMARA

alam usahawan2 yang dikasihi sekelian,

GIATMARA ingin menawarkan latihan keusahawanan di bawah PUTEK kepada usahawan lepasan GIATMARA seperti berikut :

2.1) Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) - Pewujudan
  • Program komprehensif PUTEK 10h/9m.
  • Peserta wajib membayar RM50/peserta sebagai commitment fees.
  • Hanya lepasan GIATMARA (bukan Inkubator) yang masih belum mengikuti PUTEK sebelum ini sahaja yang layak untuk mengikutinya.
  • Program akan dilaksanakan secara in-house (tertakluk kepada jumlah peserta & penyertaan), tidak semestinya dilaksanakan di negeri pemohon berdaftar & menjalankan perniagaan.
  • Peserta yang berjaya akan mendapat Sijil Penyertaan PUTEK MARA.
  • Semua pemohon pinjaman MARA wajib mengikuti PUTEK sebagai salah satu syarat pinjaman. Ia juga diterima & diiktiraf oleh agensi kewangan yang lain.

2.2) Program Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) - Peningkatan
  • Program peningkatan berbentuk hard skills atau soft skills.
  • Peserta wajib membayar RM50/peserta sebagai commitment fees.
  • Hanya usahawan lepasan GIATMARA yang telah mendaftarkan perniagaan sahaja yang layak untuk mengikutinya.
  • Program akan dilaksanakan secara in-house (tertakluk kepada jumlah peserta & penyertaan), tidak semestinya dilaksanakan di negeri pemohon berdaftar & menjalankan perniagaan.
  • Peserta yang berjaya akan mendapat Sijil Penyertaan PUTEK MARA.
  • Sijil & kursus peningkatan ini dapat membantu usahawan untuk meningkatkan & melengkapkan diri di dalam bidang keusahawanan di samping membuka peluang yang lebih banyak di dalam perniagaan masing2.
  • Contoh program2 yang telah disenaraikan (boleh buat cadangan baru jika ada permintaan) :
    • Pengurusan Kewangan
    • E-Perolehan
    • Pembangunan Laman Web
    • Pengurusan Kredit
    • Perakaunan Berkomputer
    • Tatacara Pengurusan Import
    • Tatacara Pengurusan Eksport
    • Pemasaran Melalui Laman Web
    • Pengurusan Perniagaan
    • Pengurusan Pelanggan
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Penyediaan Kertas Kerja
    • Lain2 latihan peningkatan teknikal di dalam bidang perniagaan masing2 - jahitan langsir (jahitan), roller shutter (kimpalan), sistem eketronik kereta (automotif), advance cake & pastry (cake & pastry), dll.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan En.Mohd Adnan ( PPU Penang)