Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Monday, April 25, 2011

KURSUS MENJANA PENDAPATAN

Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang Berhad (KOGIAT) akan menganjurkan Kursus Menjana Pendapatan untuk tahun 2011,
Tawaran ini terbuka kepada semua ahli-ahli KUG,KOGIAT dan usahawan-usahawan GIATMARA Pulau Pinang manakala orang awam juga boleh memohon dan dipertimbangkan.

Antara kursus-kursus yang akan dianjurkan,

a) Kepelbagaian Bun,Chicken Chop dan Mushroom Sauce
b) Penghasilan Kepelbagaian Bun dan Pizza
c) Penghasilan Kepelbagaian Bun dan Roti Puteh
d) Teknik Asas Hiasan Kek Berasaskan Butter Krim
e) Pembuatan Ice Box Dan Shortbread Cookies
f) Penghasilan White Pan Bread,Chocolate Raisin Loaf,Pizza Crust dan Pizza Sauce
g) Penghasilan Chicken Chop,Lamp Chop,Musshroom Dan Mint Sauce
h) Penghasilan Chicken Boxing,Fish N' Chip,Tartare Sauce Dan Chicken Gravy

Tempat latihan di Bilik Seminar GIATMARA Negeri Kepala Batas
Yuran Pendaftaran RM 30.00 ( termasuk makan tengahari )
Sijil akan diberikan selepas menamatkan kursus
Jangkamasa kursus dijalankan 8.30 am - 2.00 pm
Penganjuran kursus bergantung kepada permintaan

" REBUTLAH TAWARAN INI BAGI MENAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN "

Thursday, April 7, 2011

Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang Berhad ( KOGIAT ) akan mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2011 pada, Tarikh : 8 April 2011 ( Jumaat ) Masa : 3.00 petang Bertempat : Bilik Seminar GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas Perasmian majlis akan disempurnakan oleh Pengurus Besar GIATMARA Negeri Pulau Pinang Oleh itu tuan/puan Ahli-Ahli KOGIAT yang berdaftar dengan hormatnya dijemput dan diwajibkan hadir pada hari tersebut. Manakala usahawan-usahawan lain dan ahli-ahli KUG Pulau Pinang juga diperlawa hadir bersama.