Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Monday, February 21, 2011

LAWATAN USAHAWAN GIATMARA KE JAKARTA

GIATMARA Malaysia dengan kerjasama pihak MARA Jakarta akan menganjurkan PROGRAM LAWATAN USAHAWAN GIATMARA KE JAKARTA BERSEMPENA MAJLIS MORNING COFFEE PERWAKILAN MALAYSIA KE REPUBLIK INDONESIA pada 09 Mac hingga 12 Mac 2011
Sehubungan itu jika tuan/puan para usahawan GIATMARA Pulau Pinang yang berminat untuk mengikuti program lawatan ini adalah dipelawa untuk turut serta dalam program lawatan 4 hari 3 malam ini. ( keutamaan akan diberi kepada usahawan jahitan/tekstil )

Butiran program adalah seperti berikut ;

Jakarta Package - 4 hari 3 malam ( full board )
Tarikh : 09 Mac - 12 Mac 2011
Terhad 30 orang sahaja.
Hotel : 4 * ( Hotel Millenium Sireh )
Penerbangan dengan MAS
Kos : Single Supplement : RM 2400.00
Twin Sharing : RM 2100.00
Tantatif Program :
PROGRAM LAWATAN USAHAWAN GIATMARA KE JAKARTA BERSEMPENA MAJLIS MORNING COFFEE PERWAKILAN MALAYSIA KE REPUBLIK INDONESIA

Tentatif Program Untuk Delegasi

09 Mac 2011 (Rabu)
2.00 petang
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
4.30 petang
Penerbangan ke Jakarta, Indonesia
5.30 petang
Ketibaan Delegasi dari Malaysia di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia
6.30 petang
Makan Malam (Natrabu Sabang / Penang Bistro)
7.30 petang
Bertolak ke Hotel Millenium, Jakarta, Indonesia

Taklimat Program/Rehat

10 Mac 2011 (Khamis)
8.00 pagi
Sarapan pagi di hotel
9.30 pagi
Bertolak ke Kedutaan Besar Malaysia
10.00 pagi
Tiba diperkarangan kedutaan besar Malaysia

(Morning Talk by CEO GIATMARA)
12.30 tengahari
Jamuan Makan Tengahari
1.00 petang
Bertolak dari kedutaan ke SMESCO
1.30 petang - 3.00 petang
Lawatan di SMESCO
3.00 petang
Bertolak ke SMESCO ke Pasaraya Blok M
3.0 petang - 6.00 petang
Lawatan di Blok M
6.30 petang
Makan malam di Restoran Sari Ratu, Senayan
7.30 malam
Bertolah balik ke Hotel

11 Mac 2011 (Jumaat)
8.00 pagi
Sarapan pagi di hotel
8.30 pagi
Bertolak ke Pusat Grosir Tanah Abang
12.00 tengahari
Bertolak dari Pusat Grosir Tanah Abang ke Restoran Garuda

(Makan Tengahari)
2.00 tengahari
Bertolak ke Pasar Majestic ( Pemborong textile )
3.0 petang - 6.00 petang
Lawatan di Pasar Majestic
6.30 petang
Makan malam di Restoran Penang Bistro
7.30 malam
Bertolah balik ke Hotel

12 Mac 2011 (Sabtu)
8.00 pagi
Sarapan pagi di hotel
8.30 pagi
Bertolak ke ITC Mangga Dua Mall
12.00 tengahari
Bertolak dari ITC Mangga Dua Mall ke Restoran Warung Tekko

- Makanan Sunda (Makan Tengahari)
4.00 petang
Bertolak ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia
4.30 petang
Penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia
5.30 petang
Ketibaan Delegasi dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA)

Maklumat lanjut sila hubungi En.Adnan ( PPU Penang ) selewat-lewatnya 24 Februari 2011

JUALAN PRODUK JUBLI PERAK GIATMARA

GIATMARA Malaysia ketika ini sedang menyambut 25 tahun Jubli Perak diseluruh Malaysia,
bermacam-macam aktiviti dianjurkan diserata tempat .Oleh itu sebagai memeriahkan lagi program ini usahawan-usahawan GIATMARA terutama nya di Pulau Pinang dipelawa untuk turut serta bagi memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.
Kepada usahawan yang berminat boleh lah membuat permohonan untuk mengeluarkan dan menjual apa saja untuk dipertimbangkan.
GIATMARA akan membantu dari segi menlibatkan usahawan tersebut didalam apa-apa aktiviti yang dilaksanakan oleh GIATMARA ,selain membeli barangan yang dikeluarkan jika ada keperluan untuk mana-mana program /aktiviti.
Sila hubungi En.Adnan ( PPU Penang ) untuk keterangan lanjut.

MESYUARAT AGUNG KUG 1 / 2011

Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Pulau Pinang ( KUG ) bagi 1 / 2011 akan diadakan pada :

Tarikh : 25 Februari 2011 ( Jumaat )
Jam : 3.00 petang
Bertempat : GIATMARA Prima Tasek Gelugor
( Pusat GIATMARA Pongsu Seribu )
Majlis akan dirasmikan oleh : Pengurus Besar GIATMARA Pulau Pinang
* Majlis berdialog bersama Pengurus Besar akan diadakan

Agenda mesyuarat agung :-

a) Ucapan/Penerangan Khas dari PPU Pulau Pinang
b) Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
c) Persetujuan Pendaftaran Kelab Usahawan Lepasan GIATMARA
d) Penerimaan Undang-Undang Kecil KUG
e) Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KUG ( Baru )
f) Perbincangan aktiviti-aktiviti KUG

Sehubungan dengan itu semua ahli-ahli KUG Pulau Pinang adalah dengan hormatnya dijemput dan diwajibkan hadir pada majlis tersebut bagi memberi sokong diatas pembangunan dan perkembangan kelab KUG ini demi kebaikan bersama.
Sebarang kemuskilan dan pertanyaaan sila hubung Puan Harizal ( 013-5937424 ) atau En.Mohd Adnan (PPU Pulau Pinang )

Wednesday, February 9, 2011

KERJASAMA DENGAN KOPERASI BUMIRA BHD

SETINGGI -TINGGI TAHNIAH ...kepada usahawan kita En.Mohamad Azahari Bin Abd.Rani dari Syarikat Pearl Global Manufacturing Sdn.Bhd. telah diberi kepercayaan oleh Koperasi BUMIRA (M) Berhad (KBMB) dengan membenarkan dan melantik syarikat beliau sebagai pembekal produk permasangan sistem NGV diatas kenderaan komesial kepada anggota koperasi BUMIRA seluruh Malaysia.
Semoga dengan langkah pertama dari beliau ini akan memberi peransang kepada usahawan-usahawan kita yang lain untuk melangkah lebih jauh lagi dan memasarkan produk-produk yang ada dari bebagai peringkat.

Monday, February 7, 2011

PAMERAN/JUALAN SEMPENA PELANCARAN SETEM 25 TAHUN GIATMARA

Majlis Pelancaran Setem 25 Tahun GIATMARA akan dirasmikan oleh Menteri KKLW - Y.B DATO' SERI HJ MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL pada 1 Mac 2011 dipekarangan lobi Bangunan MARA Kuala Lumpur .Bagi memeriahkan majlis tersebut,pihak pengurusan GIATMARA akan menyediakan booth jualan/pameran selama 3 hari bermula 1 hingga 3 Mac 2011.
Sehubungan dengan itu,pihak pengurusan GIATMARA menjemput kepada semua Ahli KUG ,
KOGIAT dan usahawan-usahawan lepasan GIATMARA untuk bersama-sama menyertai pameran/jualan tersebut.
Kepada sesiapa yang berminat terutamanya dikalangan usahawan Pulau Pinang boleh lah memohon untuk mendapatkan booth pameran/jualan tersebut melalui PPU Pulau Pinang En.Mohd Adnan dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad,hanya tempahan awal akan diberi keutamaan manakala kadar sewaan akan dimaklumkan kemudian.