Sebagai satu langkah persediaan pelaksanaan GST ( Goods Services Tax ),Panal Kajian Semula Cukai,Kementerian Kewangan dan Unit Tugas-Tugas Khas GST,Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mangadakan satu program kesedaran mengenai GST di Pulau Pinang seperti jadual yang telah ditetapkan dibawah :
Tarikh : 04 Ogos 2010 ( Rabu )
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Auditorium A
Tingkat 5,KOMTAR
Jalan Penang
10000 Georgetown
Pulau Pinang
Objektif/Tujuan : Pengenalan kepada model GST Malaysia dan layanan GST
Oleh itu untuk mneyertai program tersebut pihak KOGIAT akan menghantar 2 orang wakil dari kalangan ahli untuk menyertai program tersebut.
Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang
- UPU Giatmara PP
- Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
- Ditubuhkan untuk membantu usahawan
Wednesday, July 21, 2010
KOPERASI USAHAWAN GIATMARA PULAU PINANG
Merujuk keputusan Mesyuarat ALP pada 16 Julai 2010 telah memutuskan semua ahli-ahli yang telah memohon untuk menyertai koperasi yang belum menjelaskan bayaran saham hendak lah dibuat segera kerana pihak pengurusan koperasi kini sedang proses mengeluarkan sijil saham, mengesahkan keahlian dan juga pada ketika ini pihak koperasi dalam perancangan untuk menstruktur semula pegangan dan perancangan perniagaan yang akan dijalankan.
Oleh itu sila hubungi Bendahari koperasi untuk tujuan pengelasan tersebut dengan kadar segera.
Untuk ahli-ahli usdahawan dan lepasan pelatih GIATMARA yang baru pihak koperasi mengalu-alukan penyertaan mereka dalam koperasi pada bila bila masa dan jika ada yang berminat sila hubungi seketeriat koperasi untuk makluman lanjut dan pelaburan saham sebagai ahli.
Jika ada kemuskilan sila hubungi Setiausaha Koperasi atau PPU Pulau Pinang
Tuesday, July 13, 2010
MESYUARAT PENGURUSAN ALP KUG / KOGIAT
Sempena Majlis Penyampaian Sijil Ahli Kelab KUG (Baru)dan KOGIAT yang akan diadakan pada 07 Ogos 2010 bertempat di D MARA Smart Auto Kepala Batas satu Mesyuarat Pengurusan ALP KUG / KOGIAT akan diadakan pada :
Tarikh : 16 Julai 2010 ( Jumaat )
Jam : 3.00 petang
Bertempat : Bilik Seminar GIATMARA Negeri Pulau Pinang
Oleh itu bagi menjayakan majlis yang dirancang adalah dengan hormatnya dijemput semua ALP dan KOGIAT hadir pada hari tersebut
Kehadiran adalah diwajibkan.Maklumat lanjut sila hubungi En.Nazri

KARNIVAL USAHAWAN DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA Pulau Pinang (PUSMA)menganjurkan satu lawatan perniagaan yang akan diadakan sempena Karnival Usahawan Desa 2010 seperti berikut ;
Tarikh : 23 hingga 24 Julai 2010
Tempat Lawatan : Perkarangan Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur
Peserta terdiri dari : Usahawan MARA/GIATMARA Pulau Pinang
Bayaran : RM 30.00 seorang
Tempat terhad : 30 peserta sahaja ( Siapa cepat dia didahulukan )
Sehubongan dengan itu tawaran ini dibuka kepada semua usahawan / Ahli KUG / KOGIAT GIATMARA yang berminat bolehlah memohon untuk mengikuti program diatas.
Maklumat lanjut dan pendaftaran peserta sila merujuk kepada PPU Pulau PInang atau Timbalan Pengerusi KUG GIATMARA ( Puan Harizal )

Thursday, July 8, 2010
TAWARAN JAWATAN KOSONG
Kilang Perodua di Rawang, Selangor akan mengambil pekerja berjawatan Operator Pengeluaran dari kalangan pelatih lepasan GIATMARA. Bidang kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
a. Teknologi Kimpalan
b. Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
c. Teknologi Automotif
d. Teknologi Motosikal
e. Teknologi Enjin Marin
f. Teknologi Penyejuk Bekuan Dan Penyaman Udara
Lepasan Pelatih GIATMARA dari kursus/bidang lain juga layak memohon tetapi mestilah mempunyai Sijil Kemahiran GIATMARA. Keterangan lanjut boleh dirujuk pada maklumat yang disertakan.

Tuesday, July 6, 2010
TAKLIMAT PROGRAM CONVERSION PUTEK
Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Seberang Perai Utara akan mengadakan satu sesi taklimat mengenai Program Conversion PUTEK - Basmi Kemiskinan RMK 9 pada :
Tarikh : 11 Julai 2010
Hari : Jumaat
Jam : 03.00 petang
Bertempat : Bilik Seminar GIATMARA Negeri Pulau Pinang Kepala Batas
Tujuan taklimat adalah untuk menerangkan berkenaan program tersebut ,kelayakan memohon dan tatacara pengisian borang permohonan dengan betul.
Usahawan lepasan GIATMARA,Ahli-Ahli KUG dan KOGIAT yang berminat dan memerlukan bantuan perniagaan dijemput hadir pada hari yang ditetapkan