Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Thursday, January 27, 2011

FESTIVAL MAULID RASUL DAN PAMERAN PERDANGAN HALAL 2011

Jawatankuasa sekretariat Lima Dasar Trade Fair akan menganjurkan pameran perdangan Halal yang akan diadakan di Bandar Besar Yala Selatan Thailand dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Yala dan Masjid Besar Raudhatun Jannah Yala.Program ini adalah bersempena sambutan Maulidul Rasul yang disambut secara besar-besaran setiap tahun di Wilayah Yala
Maklumat lanjut berhubun program tersebut adalah seperti berikut :

Nama Program : Festival Maulid Rasul Dan Pameran Perdangan Halal 2011
Tempat : Bandar Besar Yala
Tarikh : 10 - 13 Februari 2011
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Kos Ruang Pameran : RM 1000.00
Keluasan ^ Booth ^ : 3m x 3m

Oleh itu kepada semua usahawan,ahli KUG dan KOGIAT Pulau Pinang yang berminat untuk menyertai program dan pameran ini hendak lah terlebih dahulu dimajukan permohonan kepada PPU Pulau Pinang ( En.Adnan ) sebelum dipanjangkan ke Jabatan Pembangunan Usahawan GIATMARA Malaysia.

^ REBUTLAH PELUANG INI SUPAYA HASIL KERJA KITA KE TAHAP GLOBAL ^

Monday, January 24, 2011

KELUARAN PRODUK DARI USAHAWAN GIATMARA

Pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Negeri Pulau Pinang bercadang untuk memeriahkan lagi laman sesawang ini supaya dapat lebih menarik dan produktif.
Oleh itu adalah dicadangkan dan mempelawa jika ada usahawan-usahawan GIATMARA ,Ahli KUG dan Ahli KOGIAT yang mempunyai produk keluaran sendiri bolehlah diiklankan dilaman sesawang ini. Tujuan nya adalah untuk mempromosi barangan keluar syarikat usahawan GIATMARA Pulau Pinang supaya dapat ditatapi umum dan lebih kepada pasaran terbuka.
Kepada yang berminat sila hubungi En.Nan PPU Penang untuk tujuan tersebut.

SEMINAR EKONOMI MALAYSIA INDONESIA

SEMI'10 " Peranan Malaysia dan Indonesia Didalam Intergrasi Ekonomi Asean "dan Malam Anugerah Kasih yang akan dilaksanakan di Hyatt Hotel Bandung Indonesia pada 27 - 30 Januari 2011 .Tujuan seminar ini adalah untuk membuktikan kerjasama ekonomi diantara Malaysia dan Indonesia sebagai pasaran persahabatan dan perdagangan yang terbesar di Asean.
Fokus perniagaan diadalam seminar ini ialah salon/spa,kosmetik,herbs,jahitan,batu permata,pakaian,makanan dan minuman dan keraftangan.
Pihak Usahawan GIATMARA telah dijemput bersama-sama ke Majlis tersebut.
Oleh itu jika mana-mana usahawan GIATMARA ,ahli KUG dan ahli KOGIAT yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh lah hubungi terus dengan sekretariat penganjur (En.Othman 012-9403449 atau Cik Asma 03-40266669.)
Untuk mandapat maklumat lebih terperinci dan kos pembayaran nya sila hubungi En.Nan PPU Penang.

Saturday, January 8, 2011

SAMBUTAN JUBLI PERAK GIATMARA 2011

GIATMARA Malaysia akan menganjurkan program Sambutan 25 tahun Jubli Perak bertempat di GIATMARA Kubang Pasu Jitra bermula dari 08 Januari 2011 sehingga 12 januari 2011.
Kemuncak sambutan ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu bagi memeriahkan majlis kemuncak ini ,GIATMARA dengan hormatnya menjemput semua warga KUG dan KOGIAT Pulau Pinang turut hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut pada,
Tarikh : 11 Januari 2011 ( Selasa ) dan 12 Januari 2011 (Rabu )
Bertempat : GIATMARA Kubang Pasu Jitra
Masa : 10.00 pagi

Aktiviti sepanjang majlis pelancaran tersebut,
11 Januari 2011 - Majlis Pertandingan Inovasi GIATMARA
- perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato Mukhriz
Tun Mahathir ( Tim.Menteri MITI )
12 Januari 2011 - Majlis Pelancaran Jubli Perak GIATMARA
- perasmian dan pelancaran disempurnakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Bin
Mohamad ( mantan Perdana Menteri Malaysia )

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut pihak GIATMARA dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan/puan pada majlis itu.Terima kasih

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Unit Pembangunan Usahawan,Ahli LembagaPengarah Kelab Usahawan GIATMARA dan Ahli Lembaga Pengarah KOGIAT mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua warga GIATMARA,Ahli KUG dan Ahli KOGIAT Pulau Pinang semuga pada tahun ini akan beri keazaman yang kuat kepada diri kita untuk meneruskan agenda hidup kita seterusnya disamping memohon ketakwaan dan keberkatan dari Allah swt.

Salam Tahun Baru 2011..