Unit Pembangunan Usahawan Giatmara Pulau Pinang

Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Ditubuhkan untuk membantu usahawan

Tuesday, June 29, 2010

BANTUAN GERAN CONVERSION PUTEK

MARA Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan untuk menyalurkan bantuan geran conversion PUTEK dibawah program Basmi Kemiskinan kepada usahawan-usahawan MARA yang dikatogerikan seperti berikut ;

a) Usahawan yang telah berniaga
b) Berdaftar Syarikat dengan SSM
c) Warga Pulau Pinang sahaja
d) Dibawah asnaf kemiskinan yang disahkan

Bantuan berbentuk ;
a) Peralatan Bengkel
c) Ubahsuai Bangunan/Bengkel
d) Modal Pusingan (jika perlu)

Oleh itu Usahawan dan Ahli-Ahli KUG yang berminat atau memerlukan bantuan tersebut dan layak sepertimana yang dikatogerikan bolehlah memohon geran tersebut.
Satu sesi perjumpaan dan taklimat akan diadakan di masa terdekat ini.
Maklumat lanjut sila hubungi PPU Pulau Pinang.

KURSUS KEPIMPINAN BERKELIBAR

Jabatan Belia Dan Sukan Seberang Perai Utara menganjurkan satu Kursus Kepimpinan Berkelibar yang akan diadakan di Hotel Emerald Puteri Taman Jati Sungai Petani pada,

Tarikh : 01 Julai - 04 Julai 2010

Keperluan makan-minum,penginapan dan pengankutan bas disediakan oleh pihak Jabatan Belia
Kepada sesiapa yang berminat terutama nya AJK KUG Pulau Pinang ataupun ahli boleh menghubungi PPU Pulau Pinang dengan kadar segera untuk dicalonkan.

Monday, June 28, 2010

KURSUS ANJURAN KOPERASI MALAYSIA

Pihak Majlis Koperasi Malaysia ( MKM )Kedah akan menganjurkan kursus-kursus seperti berikut untuk ahli-ahli koperasi dizon utara.Oleh itu sebagai merebut peluang yang diberi pihak Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang (KOGIAT) menawarkan kepada-kepada ahli-ahlinya yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

a) Bengkel Membuat Keputusan - pada 06 Julai - 08 Julai 2010 bertempat di-Kedah
b) Bengkel Penilaian Projek - pada 13 Julai - 15 Julai 2010 bertempat di-Kedah
c) Bengkel Asas Pengurusan Internet - pada 27 Julai - 29 Julai 2010 bertempat di-Kedah

Kursus dijalankan secara pecuma sepenuhnya.
Ahli-ahli yang berminat sila hubungi Setiausaha KOGIAT atau PPU Pulau Pinang

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS PELANCONGAN

Koperasi Usahawan GIATMARA Pulau Pinang (KOGIAT) menawarkan kepada ahli-ahlinya untuk menyertai kursus perlancongan yang dianjurkan oleh pihak Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia yang akan diadakan pada
Tarikh : 26 - 29 Julai 2010
Bertempat : Maktab Kerjasama Koperasi Malaysia
Petaling Jaya
Selangor.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursaus ini sila hubungi pihak pentadbiran KOGIAT Pulau Pinang atau PPU Pulau Pinang

SEMINAR KOPERASI IPMa KEBANGSAAN 2010

Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) akan menganjurkan Seminar Koperasi IMPa Kebangsaan 2010 pada 19 - 21 Julai 2010 bertempat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam Selangor.

Objektif Utama Seminar
----------------------
a) membincangkan kaeadah pelaksanaan resolusi seminar yang pertama
b) berkongsi best practices koperasi-koperrasi yang berjaya
c) memberi perspektif baru kepada skop dan impak aktiviti koperasi

Seminar ini akan dihadiri oleh Angota Lembaga Koperasi seluruh IPMa.Sehubungan dengan itu pihak KOGIAT Pulau Pinang akan menghantar wakil dari ALP seramai 2 orang untuk menghadiri seminar ini.Segala kos pembayaran semasa seminar akan ditanggung sepenuhnya oleh KOGIAT dan pihak penganjur.
Maklumat lanjut sila hubungi PPU Pulau Pinang.

Tuesday, June 22, 2010

CUP PRIX MALAYSIAN PETROLNAS AAM 2010

Syabas dan sekalung tahniah kepada Ahli KUG Pulau Pinang Syarikat ZM Berkat Motor Saudara Zainol Mat telah menjadi salah satu penaja utama dalam Malaysian Petrolnas Cup Prix 2010 dari pihak GIATMARA Pulau Pinang.
Maklumat lanjut rujuk Harian Metro
Cabaran ZM Berkat dan Malaysian Cub Prix SEMUGA BERJAYA..

Tuesday, June 8, 2010

IKLAN TAWARAN TERBUKA SEBUTHARGA MARA

Peluang untuk Ahli Kelab Usahawan GIATMARA Pulau Pinang

Merujuk surat tawaran daripada GIATMARA Malaysia bertarikh 03 Jun 2010 yang menawarkan Sebutharga Tawaran terbuka MEMBEKAL,MENGHANTAR,MEMASANG DAN MENGUJILARI TIGA BELAS (13) UNIT ALAT PENGHAWA DINGIN UNTUK GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR (PONGSU SERIBU )

Tarikh Pelawa : 07 Jun 2010 Hingga : 15 Jun 2010
Tarikh Tutup : 18 Jun 2010 Masa : 12.00 thg.


Pembekal KUG yang mesti berdaftar dengan Kemterian Kewangan Malaysia (MOF)
KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA AHLI KUG

Dokumen Sebutharga boleh didapati di-Pejabat GIATMARA Negeri Pulau Pinang pada waktu pejabat ...Pegawai perlu dihubungi EN.FAIZAL ( Pegawai Peralatan GIATMARA Pulau Pinang )

Harapan PPU ..Ahli-Ahli KUG Pulau Pinang hendaklah merebut peluang ini.

Wednesday, June 2, 2010

TAKLIMAT SPE MARA

Pihak pengurusan MARA akan melaksanakan Sistem Perolehan Elektronik MARA (SPE) ke semua pusat pentadbiran MARA dengan menukarkan proses perolehan sediada ( secara manual ) kepada perolehan elektronik menerusi internet (on line). SPE MARA merupakan satu sistem elektronik yang akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan -perkhidmatan yang disediakan.
Sehubungan dengan itu,pihak GIATMARA Pulau Pinang berharap dan mengalu-alukan pembekal GIATMARA terutamanya Ahli KUG / KOGIAT yang berminat untuk sama-sama menyertai taklimat tersebut.

Tarikh program pada : 15 Jun 2010 ( Selasa )
Bertempat : MRSM Kepala Batas

Sebarang pertanyaan dan permohonan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak GIATMARA Negeri Pulau Pinang ( u.p : PPU -Cik Nan )selewat-lewatnya sebelum 04 Jun 2010 .

PROGRAM I-KIT DAN I-KeuNita 2010

Sukacita dimaklumkan pihak Unit Pembangunan Usahawan GIATMARA Pulau Pinang telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dan melaksanakan program keusahawanan dengan Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.
Program Inkubator Kemahiran I-KIT (Ibu tunggal) dan Inkubator Keusahawanan Wanita I-KeuNita ini adalah merupakan sebuah program latihan kemahiran dan keusahawanan kursus untuk golongan wanita dan ibu tunggal di-Pulau Pinang.
Kaedah perlaksanaan-nya adalah melalui 2 fasa seperti berikut :
a) Kursus Kemahiran Insentif - ( dikendalikan oleh Kolej Komuniti )
b) Bimbingan Keusahawanan - ( dikendalikan oleh GIATMARA Pulau Pinang - unit usahawan )
Program ini akan dijalankan pada bulan Jun 2010
Oleh itu sebagai menyempurnakan program ini satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Y.B Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid,Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada ;
Tarikh : 4 Jun 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Vistana Pulau Pinang
- Pengurus GIATMARA Negeri Pulau Pinang , Pegawai Pembangunan Usahawan Pulau Pinang dan wakil bagi pihak GIATMARA akan hadir pada majlis tersebut.